Sabtu, 13 Julai 2013

Aktiviti bulan Ramadhan


Kepada;
Semua Penduduk
Kawasan Rukun Tetangga Taman Impian Jaya Zon 2
81400 Senai
Daerah Kulaijaya

Tuan/puan.

MAKLUMAN PROGRAM ANJURAN KRT TIJ ZON 2

Dengan segala hormatnya dimaklumkan, Biro agama KRT Taman Impian Jaya zon 2 akan mengadakan beberapa program pada bulan Ramadhan dan Bulan Syawal ini.

1.      Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al-Quran
                       Tarikh : 3 August 2013 ( Sabtu malam Ahad )
                       Masa : 7.00 malam
                       Tempat : Surau sementara TIJ ( 32 Jln Impian 2/19 )

Ø  Jamuan makan akan disediakan oleh KRT ,sumbangan daripada penduduk juga dialu-alukan.
Ø  Sekiranya ada sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah berhubung dengan ketua Biro Agama En.KhirDi lorong 2/19  .H/p no. 0197733771.
Ø  Majlis Tadarus Al-Quran sukarela bermula pada 12.7.13 dan berakhir 2.8.13.
—Di ketuai oleh Cikgu Nazam.


2.      Rombongan Marhaban rumah kerumah.
Ø  Rombongan Marhaban akan diadakan selama 6 hari berturut-turut iaitu dari 18.8.13 sehingga 23.8.13

HARI
TARIKH
LORONG
Ahad
18 Ogos 2013
2/4 & 2/5
Isnin
19 Ogos 2013
2/20 & 2/19 Ganjil
Selasa
20 Ogos 2013
2/19 Genap
Rabu
21 Ogos 2013
2/18 Ganjil
Khamis
22 Ogos 2013
2/18 Genap
Jumaat
23 Ogos 2013
2/17
Ø  Setiap rumah hanya digalakkan menyediakan jamuan ringan sahaja kerana untuk menjimatkan masa
rombongan marhaban.
Ø  BIRO WANITA juga akan mengadakan rombongan marhaban berasingan untuk rumah yang berminat sahaja.---Boleh berhubung dengan Ustazah Norma 0197493508 / Puan Syarifah  Faezah 0197838600.




3.      Jamuan Hari Raya dan sambutan hari kemerdekaan
                     Tarikh : 31 August 2013
                     Masa : 7.00 malam
                     Tempat : Surau sementara TIJ ( 32 Jln Impian 2/19 )

Ø  Jamuan Hari Raya akan diadakan serentak dengan sambutan hari kemerdekaan




4.       Di Kesempatan ini juga, ada dua majlis besar akan diadakan di Taman kita iaitu..
1.       Majlis perkahwinan anak En. Rabbani 2/17
·         Beliau menjemput semua warga TIJ untuk bersama sama  ke majlis tersebut dan acara rewang pada  24.8.13   2 petang dan 25.8.13 rewang kendarat.

2.       Majlis Kenduri dan tahlil di rumah En. Hamdan  2/19
·         Beliau menjemput semua warga TIJ untuk ke majlis tersebut.
·         Sembahyang Isyak berjemaah di rumah beliau.


2. Sehubungan dengan itu,kami menjemput dan mengalu-alukan kehadiran Tuan/Puan sekeluarga bersama-sama menjayakan majlis tersebut.

Mesyuarat AJK KRT kali ke-7 pada 20.7.13 pukul 10.00 malam. Diharap semua AJK dapat melapangkan masa untuk membincangkan beberapa agenda penting. Terima Kasih..